: :>>..."RUANG IKLAN UNTUK DISEWA...HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT!"

SOALAN-SOALAN LAZIM DITANYA

1) Perlukah saya memiliki syarikat Sdn Bhd sebelum memohon untuk sijil-sijil yang dinyatakan?

Permohonan sijil-sijil yang dinyatakan  tidak memerlukan anda untuk memiliki syarikat Sdn Bhd. Syarikat enterprise juga layak untuk memohon. Walau bagaimanapun semua syarikat hendaklah mempunyai modal berbayar (Paid-up Capital) sekurang-kurangya RM2,500 (Syarikat dengan modal berbayar RM2.00 tidak lagi layak memohon).

Bidang-bidang yang dipohon hendaklah selari dengan bidang-bidang dalam pendaftaran SSM @ yang termaktub dalam Memorandum Penubuhan Syarikat, baki dalam bank yang mencukupi dan mempunyai kakitangan berkelayakan selari dengan bidang yang hendak dipohon.

2) Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan sijil bagi setiap permohonan?

Masa yang diperlukan untuk memproses satu-satu permohonan bergantung kepada kod bidang yang ingin dipohon. Bagi bidang-bidang pembekalan, biasanya ia mengambil masa 1-2 minggu untuk siap dengan syarat semua dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Bagi bidang-bidang khas yang memerlukan lawatan ke bengkel (Workshop), Ruang Pameran (Buku Antarabangsa), tempoh kelulusan tertakluk kepada lawatan ke tempat / pejabat / bengkel anda.

3) Tempoh sah Sijil Kementerian Kewangan?

3 tahun

4) Bila perlu memperbaharui lesen?

3 bulan sebelum tempoh tamat lesen.

5) Bila perlu buat kemaskini profail syarikat?

Bila ada perubahan dalam pentadbiran syarikat.


Nota :-

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat kami terlebih dahulu bagi permohonan bidang-bidang khas.

(*tertakluk kepada syarat).

DUNIA USAHAWAN KITA

Blog bertunjangkan niat dan cita-cita untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan disamping turut serta membantu sahabat usahawan yang lain untuk membangun dalam bidang usahawan masing-masing. Sumbangan saya melalui pengalaman dalam penyediaan kertas kerja, permohonan Lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB diharap dapat membantu anda dalam membuat permohonan ke Agensi2 Kerajaan yang berkenaan. Diharapkan kita dapat sama-sama berkongsi pengalaman dan kebolehan untuk kebaikan bersama... Terima kasih. Salam Usahawan eastmail
Profile Visitor Map - Click to view visits

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP